MAC 2022

Hab Petro Kimia Sumbang Kepada KDNK Sarawak: Abg. Jo


BINTULU, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Abang Haji Openg mengadakan lawatan kerja ke tapak Petchem Sarawak petang ini tadi. 

Beliau telah diberi taklimat oleh pegawai dari Petchem mengenai pembangunan loji Methanol Sarawak. 

Ketika ditanya pemberita semasa lawatan kerja tersebut, beliau berkata tujuan lawatan berkenaan adalah apabila loji hidrogen dibangunkan pada tahun 2023, sudah pasti memerlukan perancangan lebih teliti dari pelbagai sudut termasuklah kawasan tanah, perancangan kemudahan perumahan untuk para pekerja dan menyediakan jaringan jalan raya yang lebih baik dan selesa untuk dibangunkan kawasan tersebut. 

Beliau menambah lagi, pembangunan hab petro kimia & teknologi perubatan di Tanjung Kidurong dijangka menyumbang 6 sehingga 8 % KDNK Sarawak apabila projek-projek yang sedang dibina & dicadang siap. 

Hub petrokimia Bintulu dijangka mampu menjana antara RM16 bilion hingga RM20 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak selain mewujudkan peluang pekerjaan pada tahun 2026. 

Kini, terdapat syarikat pelabur dari Amerika Syarikat telah berminat dalam  kerja -kerja awal pembangunan teknologi atau bahan-bahan perubatan (Medical Hub) dan telah pun membangunkan pelaburan fasa pertama iaitu berjumlah RM200 Juta manakala fasa kedua berjumlah RM800 Juta. Hal ini sudah pasti dalam tempoh empat (4) tahun akan datang mewujudkan peluang pekerjaan sejumlah 15,000 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti tapak seluas 1,068 ekar (432.2 hektar) di Tanjung Kidurong di sini untuk pembangunan hab petrokimia. 

Tapak seluas yang terletak 36 km dari Taman Perindustrian Samalaju, dianggap sesuai untuk hab tersebut berdasarkan aksesnya kepada stok suapan, menjadi tumpuan kepada aktiviti lapangan gas luar pesisir, dan berdekatan dengan saluran paip gas sedia ada.  

Pembukaan kawasan ini sebagai hub petrokimia tidak hanya meningkatkan ekonomi Sarawak, malah akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada siswazah mahir dalam bidang yang diperlukan.

Sumber dari : Sarawakku